Saturday, October 29, 2011

Panduan Assigment HBEF 1403 SDP (Powerpoint)

Cuaca yang cerah hari ini menyebabkan hati saya juga mekar bak bunga yang disirami embun malam. Kesegaran  yang menyejukkan minda menyebabkan rasa seronok menaip di blog. Tidak seperti hari-hari yang lalu yang dirasakan agak suram.Haha..bersastera la pulak.

Ok.. saya juga mendapat maklum balas berkenaan cara persembahan powerpoint untuk assigment bahagian B. Di sini saya catatkan sedikit maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Ingat yaa. ini hanya panduan sahaja. Mungkin bersesuaian dengan 'student' saya kerana saya tutor mereka. Mungkin tutor anda tidak sependapat dengan saya. So.. tanya dan berbincanglah dengan tutor anda.

1. Mengikut perspektif saya, powerpoint yang dihantar bukan untuk dipersembahkan kepada pelajar atau guru, tetapi ianya lebih kepada persembahan kepada tutor anda.. So...powerpoint itu hendaklah dibuat berdasarkan "kesukaan' tutor anda. Ada tutor yang mahukan elemen interaktif yang agak ketara (tulisan terbang, gambar bergerak-gerak dan slide-slide yang pelbagai latarbelakang). Ada juga tutor yang mahukan persembahan yang 'simple' tetapi menarik. Bagi saya ciri-ciri persembahan powerpoint yang baik ialah bergantung  berdasarkan tujuan kita. Powerpoint ialah satu  aplikasi persembahan elektronik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara lebih interaktif dan menarik. Bagaimanapun penggunaan terlalu banyak elem interaktif (misalnya teks terbang) akan menggangu isi penyampaian utama. Saya lebih suka persembahan secara 'simple' tetapi profesional. (sedikit interaktif, penggunaan hyperlink antara slide dan paling penting mesra pengguna).

2. Seperti yang saya terangkan dalam panduan yang lalu, buat 20 slide terdiri daripada maklumat diri anda, tajuk,RPH, kandungan (gambar,audio dan video, teks dsb) dan penutup.

3. Kadangkala berlaku kesilapan teknikal menyebabkan tutor tidak dapat mengakses 'soft copy' (cd) anda. Hal ini adalah disebabkan anda tidak mengumpulkan semua fail berkaitan (source) pada satu folder. Bila anda   'burn' pada cd, ada fail yang tertinggal menyebabkan Powerpoint anda rosak. Apa yang perlu anda lakukan ialah :
i. kumpulkan semua bahan (slide.gamabr,video, audio dan sebagainya) pada satu folder sahaja.
ii. namakan sebagai folder 'SDP' (cadangan)
iii.buka powerpoint .siapkan dan 'save' dalam 2 format fail ( powerpoint presentation dan powerpoint show)
iv. powerpoint presentation boleh diedit semula tetapi jika ada fail tertinggal akan menyebabkan kegagalan fungsi  tetapi power point show walaupun tidak boleh diedit tetapi tiada masalah jika ada fail tertinggal.
v.'Burn' kedua-dua format fail tersebut. letakkan label dan hantar bersama-sama assigment Bahagian A.
vi. Bagi mejadikan lebih selamat, print (dalam bentuk 4 keping 1 slide) dan lekatkan bersama Assigment bahagian A (dibelakang). Anda juga boleh e-mailkan fail tersebut pada tutor anda.

Semuga panduan ini dapat memberikan menafaat pada anda. Saya hanya sekadar membantu.

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

No comments:

Post a Comment