Saturday, December 31, 2011

TENGOK FULL MOVIE

Musim cuti ni takada aktiviti sangat. Cuma dok di rumah melayan anak isteri. Kadang-kadang bila dah tak ada apa aktiviti sangat mula la berasa nak tengok movie. Tengak kat Astro semua cerita lama. So altenatifnya ialah tengok dalam youtube. Nak mudahkan akses ke movie yang nak ditengok, letak jer dalam blog sendiri. senang...esok lusa nak letak pulak ceramah-ceramah dan video yang ada pengajaran untuk semua.

Cerita yang ada ialah

KERIS LAMA
LIBAS
AL-HIJAB
ANAK-ANAK SIDEK
3 HATI 2 DUNIA 1 CINTA
SETAN FACEBOOK
KARIPAP-KARIPAP CINTA
KUM-KUM
BARBIE PRINCES CHARM SCHOOL
UPIN DAN IPIN
HISS
RAYA TAK JADI.

Untuk makluman pengunjung blog ni saya belum pun tengok semua movie di atas. So saya tak tahu ada adegan yang tak sesuai untuk kanak-kanak. So mintak la ibu ayah tengok dulu baru bagi anak tengok yaa. Saya letakkan movie tu di sini bagi memudahkan say menontonnya nanti. Jika ada movie yang tak sesuai dengan anak-anak atau melanggar norma agama dan kehdidupan sila maklumkan pada saya. nanti saya delete.

























Monday, December 19, 2011

REHAT MASA CUTI

Dah lama sangat tak menulis dalam blog ni..Saja nak berehat seketika. Sementara menunggu netbook yang dihantar ke kedai sebab hardisk rosak. Nasib baik ada warranty lagi. Kalau tak teruk laa kena keluarkan duit sendiri nak beli hardisk baru yang reganya lebih kurang rm2 ratus lebih. Campur install software dah pegi 3 ratus lebih. Nak buat macam mana .kelumpuhan Thailand disebabkan banjir besar  memberi tempias pada kita. Maklumlah semua hardisk diimport dari Thailand. Sebelum banjir ni rega hardisk 500gb cuma dalam seratus lebih jer...takpela dah takdirnya begitu.

Tapi yang menariknya sepanjang cuti ni dapat bersama-sama berkumpul dengan family. Anak-anak yang balik dari asrama. Makan bersama, menonton TV bersama. Cuma cuti ni...wife asyik tengok internet jee. heran pulak apa yang ditengok nye. bila masuk pukul 3 jer mesti dok depan tv buka siaran TV Al hijrah. Tertanya-tanya jugak. Satu hari tu tengok laa apa yang disyokkan wife tengok tv tu. Rupanya dok tengok Drama Korea bertajuk ' Jewel in the palace'. Apa laa sedap benor cerita tu??? tak paham pon. Dok la tengok sama..eh seronok pulak ceritanya..cerita yang sangat sesuai ditonton anak beranak. tak ada unsur cinta, berunsur sex  dan sebagainya. Cerita yang berkisar pada kehidupan zaman dinasti yang sangat menarik untuk ditonton.

sekarang pulak dah ada laman web yang menyediakan kemudahan menonton drama korea yang sangat selesa. laju dan mudah untuk diakses. kalau berminat tengok laaa. banyak pengajarannya..kat bawah tua ada saya letakkan part one drama tersebut. kalau nak  tengok selebihnya tengok jer kat. Kat TV dia guna nama "Jewel in the palace" kat Internet dia guna nama " Dae Jang Geum'. Tapi sama jer. citernya

http://www.maaduu.com/