Pengenalan
Penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tetang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.
Perkembangan Kepekaan Deria
Menurut Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan . Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan.
Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria (Mohd Jamel Ismail, 2010). Selain itu, murid juga dapat berinteraksi secfara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembagkan keboleh mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalalui pengalaman yang diperolehi.
Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari (Zulkifli Yaakob, 2010). Ia merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Melalui sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis. Deria sentuhan mula berkembang ketika bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan mula berhenti menangis dan melalui sentuhan juga. Kanak-kanak akan berasa selamat.
Dengar
Mendengar melibatkan deria telinga (Zulkifli Yaakob, 2010). Aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan ialah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik, murid akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengarnya. Manakala dalam bidang pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.
Lihat
Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian (Zulkifli Yaakob, 2010). Berdasarkan maklumat yang dating melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman tentang warna membolehkan murid mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya tahu utuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikanseni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruangiaitu melibatkan dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid (Zulkifli Yaakob, 2010). Dengan menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau member makna kepada rangsangfan yang diterima oleh derianya.
Didalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang didengarinya.
Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan (Mohd Jamel Ismail, 2010). Penanggapan ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsure-unsur ini dalam pengajarannya. Ianya boleh dilakukan melalui;
a) Kebolehan mental murid
Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.
b) Pendekatan pengajaran
Guru perlu merancang strategi pengajatran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik.
i. Pendekatan inkuiri penemuan
Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan orgsn deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.
ii. Pendekatan resepsi
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.
iii. Pendekatan deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.
Kepentingan Kepekaan Deria
Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.
Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi.
Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
No comments:
Post a Comment