Dirumah saya ada 3 unit komputer. 1 unit desktop komputer, 1 unit laptop dan 1 unit notebook. Disebabkan tempat tinggal saya masih belum ada line streamyx, maka saya telah melanggan celcom broadband. Maka berebut-rebutlah antara saya,isteri dan anak-anak untuk menggunakan broadband tersebut. Pastinya dalam perebutan itu sayaa yang menang kerana broadband tersebut milik saya dan saya bos dalam keluarga. Tapi jauh di sudut hati kasihan dengan isteri dengan anak-anak yang terpaksa mengalah.
Nak dijadikan cerita saya berbual-bual dengan rakan di tempat kerja. Masuklah bab broadband tadi.Tiba-tiba terpacul dari mulut kawan saya tadi "kenapa awak tak cuba guna virtual router". "eh apakebenda pulak tu?". Virtual router tu software untuk jadikan pengguna broadband sebagai acces point dan komputer lain boleh digunakan serentak. Wah, ni dah cukup baik!. Saya pun tanpa berlengah lagi download software tersebut dan install dalam netbook saya. Puas juga mencuba tapi macam ada masalah. Saya tak dapat kesan masalahnya. Kecewa juga tapi saya fikir jika ada software router tu mesti ada software lain yang sama.
Cari punya cari terjumpalah satu software Connectify .Download dalam netbook . Tapi disebabkan software ni versi percuma kenalah setting sendiri. Mudah saja nak setting. Akhirnya saya buka laptop dan desktop serentak akhirnya... WAH!!.. berjaya.(pastikan semua komputer ada wireless). Akhirnya masalah saya selesai. Semua komputer dapat digunakan dengan kelajuan yang sama. Saya gembira, isteri suka,anak tersenyum ria.
Virtual Router
Connectify
kalau ada masalah boleh tanya pada rakan yang pakar atau e-mail pada saya : ruslioum@gmail.com
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment