Showing posts with label ASSINGMENT SENI DALAM PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label ASSINGMENT SENI DALAM PENDIDIKAN. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

PANDUAN ASSIGMENT HBEF1403 (SENI DALAM PENDIDIKAN ) JANUARI 2012

Sudah lama tidak menulis di Blog ini disebabkan kesebokan masa. Bila buka mylms baru teringat tarikh penghantaran Assigment bagi sesi Januari 2012 tinggl beberapa hari sahaja lagi. Pastinya ramai yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan sambil menguruskan kehidupan seharian.

Saya ingin berkongsi sedikit pendapat berkenaan tugasan kali ini. Bagaimanapun ini hanyalah pendapat saya sahaja. Anda boleh berbincang dengan tutor anda kerana tugasan anda akan disemak oleh tutor anda sendiri. Pastikan tugasan yang anda buat menepati 'citarasa' tutor anda.

Soalan i.

i.        Hasilkan sebuah lukisan pelan lokasi sekolah dan pelan bangunan sekolah berserta lokasi bilik seni. Berikan pengenalan tentang pelan cadangan rekabentuk bilik seni.

ulasan.
berdasarkan pemahaman saya, anda dikehendaki membuat beberapa pelan;
i. pelan lokasi sekolah
ii. pelan bangunan sekolah (anda boleh dapatkan daripada pihak sekolah)/ pelan kebakaran
ii. pelan bilik seni
* untuk bahagian ini anda boleh berbincang dengan tutor samada hanya perlu membuat 2@ 3 pelan.Pendapat saya mencukupi 2 pelan iaitu pelan lokasi/bangunan dan pelan bilik seni.

ii.i.        Suasana dalam bilik seni sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Jelaskan setiap yang berikut berdasarkan pelan yang anda hasilkan:
a.                   Aspek fizikal
b.                  Aspek sosial
c.                   Aspek emosi
     bahagian ini adalah berkaitan dengan pelan bilik seni yang anda hasilkan. Anda dikehendaki menjelaskan berkenaan aspek pelan yang anda hasilkan (kedudukan,susunatur,warna dsb) secara terperinci merujuk kepada ELEMEN-ELEMEN dan PRINSIP-PRINSIP Seni Visual. Kaitkan dengan pelanggan (pelajar/murid/masyarakat/pelawat) berdasarkan aspek fizikal,sosial, dan emosi.

iii.  Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Huraikan bagaimana keempat-empat komponen ini dapat anda laksanakan dalam ruang bilik seni yang anda cadangkan.
    bahagian ini juga merujuk kepada perkaitan dengan pelan bilik seni yang anda hasilkan. Anda perlu merancang kedudukan,susunatur,peralatan dsb bagi 4 komponen tadi. Perancangan juga melibatkan persoalan APA,DIMANA,MENGAPA,BAGAIMANA,dan SIAPA bagi meracang pelan untuk ke 4 komponen tadi.

* Saiz bagi tugasan anda juga perlu dibincangkan dengan tutor anda samada saiz A4 atau A3. Bagaimanapun saya berpendapat saiz tugasan adalah bebas dan bergantung kepada kreativiti anda. Pastinya kriteria dalam RUBRIK perlu dititik beratkan. 

* Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Boleh dijadikan panduan bagi menyiapkan tugasan anda. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KESALAHAN ATAU KEKELIRUAN TUGASAN ANDA.





Tuesday, March 6, 2012

ASSIGMENT HBEF 1403 (SENI DALAM PENDIDIKAN) JANUARI 2012

Soalan Seni Dalam Pendidikan untuk Sesi Januari 2012 .



SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
 


Anda diminta untuk menghasilkan sebuah pelan cadangan rekabentuk bilik seni bagi kegunaan murid-murid anda.

i.        Hasilkan sebuah lukisan pelan lokasi sekolah dan pelan bangunan sekolah berserta lokasi bilik seni. Berikan pengenalan tentang pelan cadangan rekabentuk bilik seni.

ii.      Suasana dalam bilik seni sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Jelaskan setiap yang berikut berdasarkan pelan yang anda hasilkan:
a.                   Aspek fizikal
b.                  Aspek sosial
c.                   Aspek emosi

iii.    Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Huraikan bagaimana keempat-empat komponen ini dapat anda laksanakan dalam ruang bilik seni yang anda cadangkan.
[Jumlah: 30 markah]

Monday, November 14, 2011

CARA MASUKKAN VIDEO DALAM POWERPOINT

MEMASUKKAN VIDEO KE DALAM POWERPOINT

Agak lama tak update blog ni. Kerja bertimbun-timbun., ditambah dengan kerosakan netbook yan biasa diusung ke hulu kehilir. Sementara dalam proses pembaikian pinjam dulu laptop isteri.Emm zaman sekarang memang susah kalau tak ada kemudahan IT.

Dalam saat-saat akhir menyiapkan assigment yang tarikh akhirnya 20.11.2011 ni (bagi tutorial bersemuka) timbul macam-macam masalah. biasanya masa ni lah komputer meragam, printer problem,yang berkeluarga pula suami/isteri dan anak-anak pon buat hal.

Ok laa.. ada pertanyaan bagaimana nak masukkan video dalam powerpoint. Disini saya terangkan secara ringkas. untuk lebih lanjut anda klik saja link di bawah sekali yaa..

Powerpoint menyediakan kemudahan memasukkan rakaman atau movie dalam bentuk format *.avi, *.mov. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah:
1. Buka fail baru 
2. Sebelum memasukkan movie, klik bahagian Draw dan pilih bentuk rectangle
3. Kemudian lukiskan bentuk segiempat tersebut ke slide yang mahu diletakkan movie.
4. Seterusnya, pergi ke Insert tab dan pilih sama ada movie tersebut dari Library atau pun File.
5. Simpan kerja dan klik  Slide show untuk melihat movie yang telah dimasukkan..

Bagi penjelasan beserta gambar, anda boleh klik ;


ok.. semuga dapat membantu anda.


Monday, November 7, 2011

PENGHANTARAN ASSIGMENT SDP (HBEF 1403)

Ramai yang menelefon saya bertanyakan tarikh penghantaran assigment . ada yang kata tutorial ke 5, ada yang kata 20hb dan macam-macam. Tidak mengapalah. Biasalah kita bila ditimpa sesuatu kepayahan (assigment belum siap) memang mengharapkan tarikh dilanjutkan. apa pun berdasarkan hebahan fakulti menyatakan tarikh penghantaran assigment adalah 2-13 sept bagi senior student dan 22-25 bagi student ambilan september 2011. Hebahan tersebut adalah untuk assigment Online sahaja.(saya copy paste kan hebahan tersebut di bawah). Jadi semua assigment perlu dihantar sama dengan tarikh tersebut.Saya tidak mendapat sebarang hebahan tarikh penundaan tersebut. Apa pun jika ada penundaan tarikh tidak merugikan sekiranya anda telah pun menyiapkan assigment kerana anda boleh membuat penambahbaikan sekiranya tarikh penghantaran ditunda. Yang jadi masalah bagi mereka yang belum menyiapkan assigment lagi. 

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA.

"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."

Dear September 2011 (Undergraduate) learners,
Kindly be informed that Online submission of Assignments is approaching soon.
Please observe the following dates for your Online submissions:
  • 2-13 November 2011 (Senior Students)
  • 22-25 November 2011 (New September 2011 Intake Students)
For further confirmation on the Online submission dates, please refer to the cover page of your Assignment Questions.
Thank you

Saturday, October 29, 2011

Panduan Assigment HBEF 1403 SDP (Powerpoint)

Cuaca yang cerah hari ini menyebabkan hati saya juga mekar bak bunga yang disirami embun malam. Kesegaran  yang menyejukkan minda menyebabkan rasa seronok menaip di blog. Tidak seperti hari-hari yang lalu yang dirasakan agak suram.Haha..bersastera la pulak.

Ok.. saya juga mendapat maklum balas berkenaan cara persembahan powerpoint untuk assigment bahagian B. Di sini saya catatkan sedikit maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Ingat yaa. ini hanya panduan sahaja. Mungkin bersesuaian dengan 'student' saya kerana saya tutor mereka. Mungkin tutor anda tidak sependapat dengan saya. So.. tanya dan berbincanglah dengan tutor anda.

1. Mengikut perspektif saya, powerpoint yang dihantar bukan untuk dipersembahkan kepada pelajar atau guru, tetapi ianya lebih kepada persembahan kepada tutor anda.. So...powerpoint itu hendaklah dibuat berdasarkan "kesukaan' tutor anda. Ada tutor yang mahukan elemen interaktif yang agak ketara (tulisan terbang, gambar bergerak-gerak dan slide-slide yang pelbagai latarbelakang). Ada juga tutor yang mahukan persembahan yang 'simple' tetapi menarik. Bagi saya ciri-ciri persembahan powerpoint yang baik ialah bergantung  berdasarkan tujuan kita. Powerpoint ialah satu  aplikasi persembahan elektronik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara lebih interaktif dan menarik. Bagaimanapun penggunaan terlalu banyak elem interaktif (misalnya teks terbang) akan menggangu isi penyampaian utama. Saya lebih suka persembahan secara 'simple' tetapi profesional. (sedikit interaktif, penggunaan hyperlink antara slide dan paling penting mesra pengguna).

2. Seperti yang saya terangkan dalam panduan yang lalu, buat 20 slide terdiri daripada maklumat diri anda, tajuk,RPH, kandungan (gambar,audio dan video, teks dsb) dan penutup.

3. Kadangkala berlaku kesilapan teknikal menyebabkan tutor tidak dapat mengakses 'soft copy' (cd) anda. Hal ini adalah disebabkan anda tidak mengumpulkan semua fail berkaitan (source) pada satu folder. Bila anda   'burn' pada cd, ada fail yang tertinggal menyebabkan Powerpoint anda rosak. Apa yang perlu anda lakukan ialah :
i. kumpulkan semua bahan (slide.gamabr,video, audio dan sebagainya) pada satu folder sahaja.
ii. namakan sebagai folder 'SDP' (cadangan)
iii.buka powerpoint .siapkan dan 'save' dalam 2 format fail ( powerpoint presentation dan powerpoint show)
iv. powerpoint presentation boleh diedit semula tetapi jika ada fail tertinggal akan menyebabkan kegagalan fungsi  tetapi power point show walaupun tidak boleh diedit tetapi tiada masalah jika ada fail tertinggal.
v.'Burn' kedua-dua format fail tersebut. letakkan label dan hantar bersama-sama assigment Bahagian A.
vi. Bagi mejadikan lebih selamat, print (dalam bentuk 4 keping 1 slide) dan lekatkan bersama Assigment bahagian A (dibelakang). Anda juga boleh e-mailkan fail tersebut pada tutor anda.

Semuga panduan ini dapat memberikan menafaat pada anda. Saya hanya sekadar membantu.

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

Panduan Assigment HBEF 1403 versi 2

Nampaknya tarikh penghantaran Assigment makin hampir. Mungkin  Anda semua sedang berhempas pulas menyiapkan assigment. Berdasaerkan tutorial  ke3 minggu lalu, ramai yang bertanya berkenaan assigment dan berdasarkan perbincangan didapati kebanyakan dari anda telah memahami kehendak soalan assigment tersebut. Bagaimanapun terdapat beberapa kekeliruan kecil sebahagian dari anda berkenaan beberapa perkara. Di sini saya jelaskan sedikit beberapa kekeliruan yang timbul.

i. Folio
a. Bahan 
 - Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari seberapa banyak bahan berkaitan SDP. Anda boleh  mendapatkan bahan darp pelbagai sumber sama ada daripada surat khabar, majalah, buku-buku,internet dan sebagainya. Jangan hanya terbatas pada sumber internet sahaja. Bahan untuk SDP sangat banyak. Saya syorkan anda membeli buku-buku dan majalah lama yang dijual dengan harga murah di Pekan Sehari dan kedai-kedai buku terpakai.
           - Bagi bahan-bahan yang lebih terperinci, anda boleh dapatkan di Perpustakaan Negeri dan Daerah Masing-masing. Fotostat bahan tersebut dan lampirkan dalam folio.
          - Jangan hanya tertumpu pada bahan yang bertajuk 'Seni Dalam Pendidikan ' sahaja. Anda boleh lampirkan semua bahan yang berkaitan samada muzik,seni visual dan pergerakan  secara berasingan..Bahan anda juga boleh terdiri daripada bahan berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Malaha boleh juga diletakkan bahan dari pelbagai bahasa bagi menunjukkan anda betul-betul serius mendapatkan bahan.(tidak semestinya).
          - Kumpulkan semua bahan yang terbaik untuk dijadikan lampiran.
 ii. Kandungan Folio.
   - Berdasarkan bahan yang dikumpul. buat penerangan menggunakan peta minda atau pengurusan grafik.( anda juga boleh menggabungkan kedua-duanya sekali.Pastikan penggunaan peta minda dan pengurusan grafik mudah sifahami dan diberikan sedikit penerangan ringkas di bawahnya.
   - Gabungkan Semuanya (peta minda,penerangan folio dan lampiran bahan) dan bainding seperti assigment lain. Tajuk, isi kandungan ,sekapur sireh (jika perlu), rujukan hendaklah dilengkapkan.

ingat!!!!   Ketebalan assigment anda bukan bermakna assigment anda bagus. Apa yang dinilai ialah aspek penyampaian, kreativiti dan komitmen anda menyiapkan tugasan ini.


Panduan yang saya berikan hanyalah panduan berdasarkan perspektif saya . Anda perlu berbincang dengan tutor dan rakan-rakan anda. Apa yang perlu difahami ialah menyiapkan assigment adalah saat paling indah bagi seorang yang bergelar 'STUDENT U'.Semasa menyiapkan assigmentlah anda akan memperolehi ilmu yang tiada batasannya.Tidak kira apa pun subjek yang anda pelajari.
 Bak kata pujangga "Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat ". Renung-renung dan fikirkanlah. 

Insyallah saya akan menulis berkaitan Bahagian B (powerpoint ) sedikit masa lagi. Wassalam

Monday, October 10, 2011

Panduan Assigment HBEF 1403 (Seni Dalam Pendidikan) September 2011(baru dikemaskini)


Hari ni saya merajinkan diri untuk mencatatkan panduan untuk tugasan SDP semester September 2011. Panduan ini saya ambil dari pelbagai sumber termasuk dari panduan yang diberikan oleh tutor senior. Bagaimanapun ini hanyalah garis panduan umum bagi memudahkan anda menyiapkan tugasan. Sila buat perbincangan lanjut dengan tutor dan rakan-rakan. Semuga panduan ini membantu dalam menyiapkan tugasan anda.

SOALAN 1
Buat folio berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan melalui potongan akhbar, majalah , internet dan sebarang sumber yang boleh mengaitkan ketiga-tiga elemen Seni Dalam Pendidikan.. Terangkan perkaitannya dengan menggunakan peta minda ataupun pengurusan grafik yang lain seperti rajah secara organisasi, carta alir ,tulang ikan dan sebagainya.Anda juga boleh menggabungkan kesemua pengurusan grafik dan peta minda bagi menerangkan kaitan ketiga-tiga ekemen tersebut dalam SDP.

Folio bermaksud kesemua hasil kerja karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.Semua hasil dapat tersebut perlu dikumpul dan difailkan.
Dalam konteks tugasan, sila buat seperti tugasan biasa (binding) mengikut standart yang ditetapkan oleh Fakulti.


Anda boleh download contoh folio di SINI


SOALAN  2


Anda hanya dikehendaki membuat satu storyboard dalam bentuk lakaran tentang aktiviti yg akan anda laksanakan sewaktu P&P melibatkan ketiga-tiga elemen SDP,(psv,muzik dan pergerakan) Soryboard hendaklah mengikut urutan(langkah demi langkah) dan masukkan ke dlm powerpoint .Diakhirnya anda buat hyperlink powerpoint tersebut dengan aktiviti sebenar seperti yang anda lakarkan dalam storyboard. Maksudnya apa yg anda lakar dlm storyboard , itulah hasil sebenar dalam persembahan murid-murid dan rakamkan. Rakaman ini dihyperlinkkan dengan powerpoint.Rakaman tersebut boleh dipersembahkan dalam beberapa scene.(Tidak semestinya satu rakaman panjang)


SLIDE
Anda dikehendaki membuat 20 slide, sekiranya ada rakaman jangan gunakan keseluruhan slide dengan rakaman sahaja cari kepelbagaian dalam persembahan dengan mengutamakan aspek muzik dan pergerakan, Muzik dan pergerakan penting untuk menghidupkan suasana p&p dalam kelas


PANDUAN SLIDE
slide 1 - Perlu ada nama anda, no matriks dll (seperti muka depan assigment) 
slide 2 - Tajuk 
slide 3 - RPH 
slide 4 -17 - lakaran storyboard ( scan dulu Lakaran tu, baru insertkan dlm slide) 
Slide 18- 19 adalah rakaman sebenar aktiviti yg dijalankan utk P&P 
Slide 20 - Penutup/penghargaan


Panduan yang diberikan di atas hanyalah sebagai panduan asas untuk anda menyiapkan tugasan yang diberikan. Anda tidak terikat dengan  panduan slide yang dinyatakan.Anda boleh menggunakan panduan yang diberikan dan perlu menggabungkan dengan idea, kreativiti,dan kebolehan untuk menghasilakan persembahan yang benar-benar mantap. Selamat Maju Jaya

Thursday, October 6, 2011

KOLEKSI ASSIGMENT HBEF 1403


Koleksi Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN (Contoh)

Jawapan:

1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak

Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.


2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti

1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat

2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.

Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.


3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema.

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema Persekitaran : Pokok

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)



3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.

Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.

4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah


3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.

Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

Rujukan

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

http://www..school net.my

sumber :http://ghirlygz.blogspot.com/2009/08/koleksi-assignment-hbef1403-seni-dalam.html

Contoh Nota Folio

Contoh Nota Folio