|
Showing posts with label OUM. Show all posts
Showing posts with label OUM. Show all posts
Tuesday, June 4, 2013
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS
Tuesday, July 24, 2012
APA PERLU ADA DALAM E-PORTFOLIO?
Apakah Yang Perlu Ada Dalam E-Portfolio
Dalam membangunkan e-portfolio , antara elemen yang perlu dimasukan ialah:
1. Maklumat Pelajar: nama, maklumat kenalan, utama, tamat pengajian tarikh, dan lain-lain.
2. Jadual Kandungan: atau pelbagai cara untuk memaparkan pautan kepada kandungan portfolio.
3. Matlamat Pelajar
4. Kurikulum standard dan / atau kriteria: digunakan untuk menyelaraskan kandungan portfolio kurikulum institusi, jabatan atau kursus (sering dicapai oleh rubrics).
5. Rubrics: boleh digunakan untuk menilai kerja pelajar. Rubrik A skala kriteria penarafan, yang menyediakan pengajar dengan alat untuk memantau prestasi pelajar. Mereka juga memaklumkan pelajar jangkaan kursus / jabatan / institusi.
6. Garis Panduan: digunakan untuk memilih artifak yang sesuai untuk menyimpan koleksi daripada tumbuh tidak berdisiplin.
7. Artifak: contoh kerja pelajar termasuk dokumen, imej, video, audio, dan lain-lain (boleh dipilih oleh pelajar, pengajar atau kedua-duanya).
8. Maklumbalas / Refleksi pelajar
9. Keping refleksi sendiri: portfolio tanpa pantulan hanya persembahan multimedia atau resume elektronik.
SUMBER :http://zabrie-portfolioartikel.blogspot.com/2011/12/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

Tuesday, March 20, 2012
MASALAH LOGIN EPIC OUM
Ada beberapa orang pengunjung blog bertanyakan masalah untuk login kerana mereka telah mengikut panduan yang saya berikan tetapi masih gagal untuk log masuk ke portal EPIC.Persoalan tersebut mungkin disebabkan beberapa kemungkinan;
i.Pastikan cikgu memang dikehendaki ambil EPIC (semester 3 ke bawah). Jika cikgu tidak terlibat memang cikgu tak boleh login.
ii.Pastikan username dan password sama dengan login MYLMS cikgu
iii. Jika masih tak boleh login , sila berhubung terus dengan OUM. Mungkin nama cikgu tak dilinkkan dengan EPIC.
iv. Cikgu boleh ke https://plus.google.com/u/0/108548136940287338823/posts untuk bersoaljawab dengan ADMIN EPIC .Saya tidak dapat membantu dalam urusan teknikal kerana semuanya diuruskan oleh admin EPIC.
harap jawapan saya dapat membantu
Sunday, March 11, 2012
Epic OUM
Apa EPIC? Bagaimana nak login EPIC? Mangapa EPIC? cara guna EPIC?,Soalan assigment EPIC? Semua persoalan tentang EPIC akan cuba dijawab dan dipermudahkan.
Kenalkah anda pada EPIC OUM?...Emmm apa tu yaa.. Sebenarnya EPIC adalah singkatan untuk Portal Pendidikan Kursus Internet. Ia adalah reka bentuk untuk melanjutkan ruang pembelajaran Pelajar SMP yang melakukan ijazah mereka diUniversiti Terbuka Malaysia. Saya dipahamkan student Semester 3 ke bawah telah dipakejkan dengan EPIC yang merangkumi HBEF2703 (Co- Curriculum), HBEF2803 (Professional Development),dan HBEF3603 (Professional Practice) dan memerlukan 14 jam kredit.
EPIC Merupakan pembelajaran secara atas talian (maya). Pelajar berhubung dengan penyelia secara talian melalui forum. Tugasan diberikan dalam bentuk kumpulan dan individu. Penghantaran tugasan adalah dalam bentuk e- portfolio. Pelajar akan diberi bimbingan dan panduan oleh penyelia masing-masing melalui sesi forum.
EPIC telah pun bermula sekarang . Penghantaran Assigment kumpulan bermula dari 6.3.2012 hingga 15.8.2012 manakala Assigment Individu (jurnal Reflektif) adalah bermula 6.3.2012 hingga 27.7.2012. Pelajar sudah boleh mula berforum untuk tugasan .
Bagi pelajar yang kurang memahami cara untuk login, di sini saya terangkan secara ringkas
i. Buka portal EPIC (http://epic.oum.edu.my )
ii. Paparan ini akan muncul..
iii. Pada ruangan USERNAME masukkan No Login dan Password MYLMS anda.
paparan berikut akan muncul
iv. Halakan 'mouse' pada 'kepala pelajar' dalam gambar paparan HBEF2703 seperti di atas akan muncul
v. klik paparan tersebut dan main permainan yang disediakan .(permainan tradisional melayu yang sangat menarik dan mudah)
vi. Anda akan dibawa ke paparan e-portfolio seperti dibawah
vii. Di sinilah (e-portfolio) tempat anda membaca modul (disediakn lengkap dalam bentuk PDF), merujuk assigment, mencari maklumat dan berforum.
Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat dan bertanyakan soalan berkenaan EPIC melalui EPIC Google di
ok. Selamat berEPIC.
Maklumat lanjut boleh diperolehi terus dari OUM.
* Saya hanya berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu.Jika maklumat yang disampaikan ini kurang tepat harap anda merujuk terus pada OUM. Saya hanya membantu memperkenalkan EPIC pada pelajar OUM yang masih kurang memahami dan tidak ada sebarang kepentingan terhadap penulisan saya ini.Harap maklum.
Tuesday, March 6, 2012
ASSIGMENT HBEF 1403 (SENI DALAM PENDIDIKAN) JANUARI 2012
Soalan Seni Dalam Pendidikan untuk Sesi Januari 2012 .

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION
Anda diminta untuk menghasilkan sebuah pelan cadangan rekabentuk bilik seni bagi kegunaan murid-murid anda.
i. Hasilkan sebuah lukisan pelan lokasi sekolah dan pelan bangunan sekolah berserta lokasi bilik seni. Berikan pengenalan tentang pelan cadangan rekabentuk bilik seni.
ii. Suasana dalam bilik seni sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Jelaskan setiap yang berikut berdasarkan pelan yang anda hasilkan:
a. Aspek fizikal
b. Aspek sosial
c. Aspek emosi
iii. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Huraikan bagaimana keempat-empat komponen ini dapat anda laksanakan dalam ruang bilik seni yang anda cadangkan.
[Jumlah: 30 markah]
Subscribe to:
Posts (Atom)