Wednesday, January 30, 2013

Cara buang password auto login pada google chrome.

Bagi kebanyakan penggunaan login e-mail , blog, facebook dan sebagainya, kita sering menggunakan kemudahan auto login bagi memudahkan kita mengakses e-mail atau blog. Penggunaan auto login memang bagus dan sangat memudahkan. Bagaimanapun  risiko menanti bila kita terlupa untuk logout semula. Orang lain dengan mudah dapat mengkases samada e-mail, facebook atau blog peribadi kita. Risiko besar sekiranya melibatkan maklumat perbankan dan data perkhidmatan kita. Kita boleh disabotaj dengan mudah. Oleh itu sebaiknya kita tidak menggunakan kemudahan auto login. Catat password pada tempat yang mudah diinga misalnya dalam telefon mudah alih anda. 
Google Chrome juga menyediakan kemudahan auto login bagi memudahkan anda. Bagaimanapun sekiranya anda ingin membuang kemudahan auto login anda boleh ikuti cara dibawah;


1.  Klik pada Customize and control  Google Chrome ( Ruangan atas sebelah kanan/ Lambang Spanar)

2. Klik pada Tab Personal Stuff
3. Pada tab Password, Klik pada never save password
4 Klik pada Manage save password
5 Klik pangkah pada mana-mana web yang ada auto login password anda.


ok .sekarang anda telah berjaya menghilangkan fungsi auto login anda.


SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, October 10, 2012

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA


SENARAI HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA

VAISAKHI
· Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru
Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh
berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.

KRISMAS
· Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun
pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan
taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut
Kristian.

DEEPAVALI
· Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya, Deepavali atau Diwali
adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan
kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.

CHAP GOH MEI
· Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta
Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran.

HARI RAYA AIDILFITRI
· Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula
dari subuh hingga ke maghrib selama sebulan. Aidilfitri disambut sempena meraikan kejayaan umat Islam mengharungi kembara Ramadhan tersebut.

HARI RAYA AIDILADHA
· Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh
dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu
dua bulan setelah Syawal.

PERAYAAN HANTU LAPAR
· Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh
masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku
di Negara China berkurun dahulu.

PERAYAAN KAUL MELANAU
· Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang
dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai
jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.

MAAL HIJRAH
· Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat
Islam. Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.

PERAYAAN DEWA MONYET
· Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh
penganut Buddha seluruh dunia. Selain Malaysia, ia juga disambut di China,
Hong Kong, dan Singapura.

TAHUN BARU CINA
· Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar
China.

PERAYAAN BOT NAGA
· Di musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian
laut akan menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina.

HARI GAWAI DAYAK
· Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali
sebagai Gawai Dayak.

PESTA KAAMATAN
· Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun
sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut
oleh semua kaum lain di Sabah.

PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG
· Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar
Cina. Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.

PONGAL
· Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah
pesta pongal. Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia
menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

REGATTA LEPA SEMPORNA
· Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan
Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.


sumber :http://cikguadies.blogspot.com/search/label/Soalan%20Latihan%20Sejarah%20PMR

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

SENARAI HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA VAISAKHI • Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka. KRISMAS • Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut Kristian. DEEPAVALI • Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya, Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum. CHAP GOH MEI • Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran. HARI RAYA AIDILFITRI • Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib selama sebulan. Aidilfitri disambut sempena meraikan kejayaan umat Islam mengharungi kembara Ramadhan tersebut. HARI RAYA AIDILADHA • Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah Syawal. PERAYAAN HANTU LAPAR • Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku di Negara China berkurun dahulu. PERAYAAN KAUL MELANAU • Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka. MAAL HIJRAH • Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat Islam. Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam. PERAYAAN DEWA MONYET • Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh penganut Buddha seluruh dunia. Selain Malaysia, ia juga disambut di China, Hong Kong, dan Singapura. TAHUN BARU CINA • Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. PERAYAAN BOT NAGA • Di musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian laut akan menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina. HARI GAWAI DAYAK • Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. PESTA KAAMATAN • Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG • Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina. Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala. PONGAL • Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal. Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. REGATTA LEPA SEMPORNA • Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot. sumber :http://cikguadies.blogspot.com/search/label/Soalan%20Latihan%20Sejarah%20PMR

Tuesday, July 24, 2012

APA PERLU ADA DALAM E-PORTFOLIO?

Apakah Yang Perlu Ada Dalam E-Portfolio
Dalam membangunkan e-portfolio , antara elemen yang perlu dimasukan ialah:
1. Maklumat Pelajar: nama, maklumat kenalan, utama, tamat pengajian tarikh, dan lain-lain.
2. Jadual Kandungan: atau pelbagai cara untuk memaparkan pautan kepada kandungan portfolio.
3. Matlamat Pelajar
4. Kurikulum standard dan / atau kriteria: digunakan untuk menyelaraskan kandungan portfolio kurikulum institusi, jabatan atau kursus (sering dicapai oleh rubrics).
5. Rubrics: boleh digunakan untuk menilai kerja pelajar. Rubrik A skala kriteria penarafan, yang menyediakan pengajar dengan alat untuk memantau prestasi pelajar. Mereka juga memaklumkan pelajar jangkaan kursus / jabatan / institusi.
6. Garis Panduan: digunakan untuk memilih artifak yang sesuai untuk menyimpan koleksi daripada tumbuh tidak berdisiplin.
7. Artifak: contoh kerja pelajar termasuk dokumen, imej, video, audio, dan lain-lain (boleh dipilih oleh pelajar, pengajar atau kedua-duanya).
8. Maklumbalas / Refleksi pelajar
9. Keping refleksi sendiri: portfolio tanpa pantulan hanya persembahan multimedia atau resume elektronik.

SUMBER :http://zabrie-portfolioartikel.blogspot.com/2011/12/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

Wednesday, June 13, 2012

KENA SERANG MALWARE

Huh...berbulan tak menulis dalam blog ni. ni semua gara-gara blog ni telah diserang oleh malware. Entah hackers mana agaknya yang dengki sangat tak tau lah. Tapi semasa serangan tu katanya malware telah menyerang banyak blog sehinggakan tak boleh nak diakses. Apa pun Alhamdulillah blog ni dah kembali pulih dan dapatlah saya menulis lagi dalam blog yang sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada kita.

13.Jun 2012

Tuesday, March 20, 2012

MASALAH LOGIN EPIC OUM

Ada beberapa orang pengunjung blog bertanyakan masalah untuk login kerana mereka telah mengikut panduan yang saya berikan tetapi masih gagal untuk log masuk ke portal EPIC.Persoalan tersebut mungkin disebabkan beberapa kemungkinan; 




i.Pastikan cikgu memang dikehendaki ambil EPIC (semester 3 ke bawah). Jika cikgu tidak terlibat memang cikgu tak boleh login.

ii.Pastikan username dan password sama dengan login MYLMS cikgu 

iii. Jika masih tak boleh login , sila berhubung terus dengan OUM. Mungkin nama cikgu tak dilinkkan dengan EPIC.

iv. Cikgu boleh ke https://plus.google.com/u/0/108548136940287338823/posts untuk bersoaljawab dengan ADMIN EPIC .Saya tidak dapat membantu dalam urusan teknikal kerana semuanya diuruskan oleh admin EPIC.

harap jawapan saya dapat membantu 

Tuesday, March 13, 2012

Pesanan Luqmanul Hakim

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya: Renung2kan..



25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Dipetik dari blog surau : http://surauat- tarbiyyah. blogspot. com/2008/ 11/25-pesanan- luqman-el- hakim-kepada- anak.htm