Wednesday, October 10, 2012
PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA
SENARAI HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA
VAISAKHI
• Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru
Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh
berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.
KRISMAS
• Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun
pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan
taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut
Kristian.
DEEPAVALI
• Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya, Deepavali atau Diwali
adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan
kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.
CHAP GOH MEI
• Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta
Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran.
HARI RAYA AIDILFITRI
• Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula
dari subuh hingga ke maghrib selama sebulan. Aidilfitri disambut sempena meraikan kejayaan umat Islam mengharungi kembara Ramadhan tersebut.
HARI RAYA AIDILADHA
• Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh
dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu
dua bulan setelah Syawal.
PERAYAAN HANTU LAPAR
• Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh
masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku
di Negara China berkurun dahulu.
PERAYAAN KAUL MELANAU
• Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang
dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai
jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.
MAAL HIJRAH
• Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat
Islam. Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.
PERAYAAN DEWA MONYET
• Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh
penganut Buddha seluruh dunia. Selain Malaysia, ia juga disambut di China,
Hong Kong, dan Singapura.
TAHUN BARU CINA
• Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar
China.
PERAYAAN BOT NAGA
• Di musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian
laut akan menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina.
HARI GAWAI DAYAK
• Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali
sebagai Gawai Dayak.
PESTA KAAMATAN
• Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun
sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut
oleh semua kaum lain di Sabah.
PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG
• Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar
Cina. Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.
PONGAL
• Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah
pesta pongal. Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia
menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.
REGATTA LEPA SEMPORNA
• Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan
Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.
sumber :http://cikguadies.blogspot.com/search/label/Soalan%20Latihan%20Sejarah%20PMR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment