Saturday, October 29, 2011

MUTIARA KATA

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

Panduan Assigment HBEF 1403 versi 2

Nampaknya tarikh penghantaran Assigment makin hampir. Mungkin  Anda semua sedang berhempas pulas menyiapkan assigment. Berdasaerkan tutorial  ke3 minggu lalu, ramai yang bertanya berkenaan assigment dan berdasarkan perbincangan didapati kebanyakan dari anda telah memahami kehendak soalan assigment tersebut. Bagaimanapun terdapat beberapa kekeliruan kecil sebahagian dari anda berkenaan beberapa perkara. Di sini saya jelaskan sedikit beberapa kekeliruan yang timbul.

i. Folio
a. Bahan 
 - Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari seberapa banyak bahan berkaitan SDP. Anda boleh  mendapatkan bahan darp pelbagai sumber sama ada daripada surat khabar, majalah, buku-buku,internet dan sebagainya. Jangan hanya terbatas pada sumber internet sahaja. Bahan untuk SDP sangat banyak. Saya syorkan anda membeli buku-buku dan majalah lama yang dijual dengan harga murah di Pekan Sehari dan kedai-kedai buku terpakai.
           - Bagi bahan-bahan yang lebih terperinci, anda boleh dapatkan di Perpustakaan Negeri dan Daerah Masing-masing. Fotostat bahan tersebut dan lampirkan dalam folio.
          - Jangan hanya tertumpu pada bahan yang bertajuk 'Seni Dalam Pendidikan ' sahaja. Anda boleh lampirkan semua bahan yang berkaitan samada muzik,seni visual dan pergerakan  secara berasingan..Bahan anda juga boleh terdiri daripada bahan berbahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Malaha boleh juga diletakkan bahan dari pelbagai bahasa bagi menunjukkan anda betul-betul serius mendapatkan bahan.(tidak semestinya).
          - Kumpulkan semua bahan yang terbaik untuk dijadikan lampiran.
 ii. Kandungan Folio.
   - Berdasarkan bahan yang dikumpul. buat penerangan menggunakan peta minda atau pengurusan grafik.( anda juga boleh menggabungkan kedua-duanya sekali.Pastikan penggunaan peta minda dan pengurusan grafik mudah sifahami dan diberikan sedikit penerangan ringkas di bawahnya.
   - Gabungkan Semuanya (peta minda,penerangan folio dan lampiran bahan) dan bainding seperti assigment lain. Tajuk, isi kandungan ,sekapur sireh (jika perlu), rujukan hendaklah dilengkapkan.

ingat!!!!   Ketebalan assigment anda bukan bermakna assigment anda bagus. Apa yang dinilai ialah aspek penyampaian, kreativiti dan komitmen anda menyiapkan tugasan ini.


Panduan yang saya berikan hanyalah panduan berdasarkan perspektif saya . Anda perlu berbincang dengan tutor dan rakan-rakan anda. Apa yang perlu difahami ialah menyiapkan assigment adalah saat paling indah bagi seorang yang bergelar 'STUDENT U'.Semasa menyiapkan assigmentlah anda akan memperolehi ilmu yang tiada batasannya.Tidak kira apa pun subjek yang anda pelajari.
 Bak kata pujangga "Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat ". Renung-renung dan fikirkanlah. 

Insyallah saya akan menulis berkaitan Bahagian B (powerpoint ) sedikit masa lagi. Wassalam

Wednesday, October 19, 2011

SKIM GAJI BARU 2011

Berdasarkan pembentangan budget baru-baru ni..ada kemungkinan skim gaji kakitangan awam akan jadi seperti di bawah..

Apa-apa pun, budget tersebut baru dibahaskan di Parlimen . Kita tunggu dan lihat..Ada rezeki adalah nanti..

Friday, October 14, 2011

BERITA GEMPAK!!! UNTUK PENGGUNA BROADBAND

JADIKAN RUMAH ANDA BAGAI CYBERCAFE.!!!

Dirumah saya ada 3 unit komputer. 1 unit desktop komputer, 1 unit laptop dan 1 unit notebook. Disebabkan tempat tinggal saya masih belum ada line streamyx, maka saya telah melanggan celcom broadband. Maka berebut-rebutlah antara saya,isteri dan anak-anak untuk menggunakan broadband tersebut. Pastinya dalam perebutan itu sayaa yang menang kerana broadband tersebut milik saya dan saya bos dalam keluarga. Tapi jauh di sudut hati kasihan dengan isteri dengan anak-anak yang terpaksa mengalah.

Nak  dijadikan cerita saya berbual-bual dengan rakan di tempat kerja. Masuklah bab broadband tadi.Tiba-tiba terpacul dari mulut kawan saya tadi "kenapa awak tak cuba guna virtual router". "eh apakebenda pulak tu?". Virtual router tu software untuk jadikan pengguna broadband sebagai  acces point dan komputer lain boleh digunakan serentak. Wah, ni dah cukup baik!. Saya pun tanpa berlengah lagi download  software tersebut dan install dalam netbook saya. Puas juga mencuba tapi macam ada masalah. Saya tak dapat kesan masalahnya. Kecewa juga tapi saya fikir jika ada software router tu mesti ada software lain yang sama.

Cari punya cari terjumpalah satu software  Connectify .Download dalam netbook .  Tapi disebabkan software ni versi percuma kenalah setting sendiri. Mudah saja nak setting. Akhirnya saya buka laptop dan desktop serentak akhirnya... WAH!!.. berjaya.(pastikan semua komputer ada wireless). Akhirnya masalah saya selesai. Semua komputer dapat digunakan dengan kelajuan yang sama. Saya gembira, isteri suka,anak tersenyum ria.

Bagi anda yang nak mencuba guna perisian tersebut boleh download di sini. (klik pada nama software)


Virtual Router


Connectify


kalau ada masalah boleh tanya pada rakan yang pakar atau e-mail pada saya : ruslioum@gmail.com


SELAMAT MENCUBA

Thursday, October 13, 2011

How to calculate Rebate for Fixed Rate Financing


After half way paying your personal loan or hire purchase loan, you would like to do full settlement and would like to know how much rebate you could get. The simple way is to call bank, and get them to provide with the information…api bagus juga kalau kite tahu sendiri mcmmane nak kira…senang nak planning…tak payah everytime call bank
Please see example below for the calculation.
You borrow RM50,000 for a personal loan or hire purchase (fixed rate loan).

After paying for 5 years, or 60 months of installments, you would like to pay off your loan (full settlement). So you will get rebate for the remaining 24 months (84 months – 60 months).
The calculation of rebate is as follows: