Wednesday, May 25, 2011

Bagaimana Cara Nak Buat Ebook?

Bisnes ebook memang cukup dikenali oleh para usahawan internet sekalian. Ebook ini merupakan salah satu produk informasi yang mana kebanyakan dari ebook yang diterbitkan adalah berunsur maklumat. Ebook sebenarnya lebih kurang macam buku biasa je, cuma ianya lebih mudah didapati dan juga lebih mudah untuk dipasarkan ke seluruh dunia tanpa memerlukan kos yang tinggi.Mari kita sama-sama lihat kenapa orang suka baca ebook dan juga menulis ebook?
1.Kos yang murah untuk menerbitkan ebook
-untuk menulis ebook, anda tak perlu mengupah penulis profesional untuk menulis ebook pertama anda, cukup untuk anda menulis dahulu apa sahaja jenis ebook untuk tujuan jualan ataupun tujuan perkongsian maklumat dan ianya diberikan secara percuma. Kos yang terlibat mungkin hanya mengupah designer minisite atau untuk mengurangkan kos itu lagi, anda boleh design sendiri atau gunakan sahaja mana-mana template free diinternet.
2.Mudah Untuk Dikongsikan
-Ebook bersifat digital dan ianya mudah ditransfer ke satu komputer ke satu komputer yang lain. Anda boleh share kan file anda itu dengan hanya satu klik sahaja dan penerima akan dapat membacanya dengan lebih mudah
3.Ebook tidak perlu dicetak
-ebook tidak perlu dicetak sebenarnya. Tetapi bagi anda yang ingin membacanya dengan lebih selesa, adalah lebih baik anda mencetaknya supaya lebih mudah untuk dibaca dan dibawa kemana mana selain membacanya di skrin saja. Bayangkan kalau ebook berkenaan setebal 300 muka surat..larat ke nak baca sampai abis depan skrin? Tak gitu?
Jadi, bagaimana pula nak buat ebook? Apa topik yang hendak ditulis? Apa format ebook?Mari aku akan bongkarkan sedikit demi sedikit tentang bagaimana nak buat ebook. Buat ebook memerlukan beberapa perkara berikut:
1.Software penulisan ebook
2.Idea untuk menulis ebook
3. Survey tentang keperluan ebook
Software penulisan ebook
-ada banyak software diinternet yang korang boleh dapatkan secara percuma diinternet untuk menghasilkan ebook, tetapi apa pula format bagi ebook ye? Format yang paling popular bagi ebook adalah dalam bentuk*.pdf (Portable Document Format) yang mana korang kena download applicationnya diinternet. Terdapat juga format ebook dalam bentuk html binder yang mana amat jarang sekali ebook jenis ini dipasarkan.
-Dua software yang aku amat rekemen untuk membaca file pdf adalahAdobe Reader dan juga Foxit Reader. Bagi aku Foxit Reader lebih ringan untuk digunakan.
-Software penulisan ebook percuma yang amat popular adalah Primopdfdan juga eWriter Pro
Idea Penulisan Ebook
-Cara untuk mendapatkan idea bagi menulis ebook ada banyak kerana jika anda mempunyai sesuatu pengetahuan yang amat jarang sekali orang tahu dan anda amat pakar tentang sesuatu perkara, so anda sudah ada idea di situ bukan?Survey Tentang Keperluan Ebook
-Jika anda masih tidak ada idea dan masih risau tentang ebook anda tidak laku dipasaran, lakukan survey di forum-forum perniagaan internet atau di Ebay, Lelong dan sebagainya dan cari apakah antara masalah yang masih tidak dapat diselesaikan oleh para forumer dan anda ada penyelesaiannya dan anda akan bongkarkan menerusi ebook anda itu. Mungkin salah satu cara adalah melakukan poll di forum atau di web anda sendiri untuk mengetahui respon terhadap ebook anda itu.
Jadi, ebook dah siap..bagaimana pula nak pasarkan ebook?
Caranya anda boleh ikut sebegini
1.Dapatkan hosting dan domain yang tidak mempunyai spesifikasi yang amat besar. Cukup jika dalam 100mb sahaja.
2.Download atau upah mana-mana designer minisite
3.Buat sales letter atau mungkin anda boleh rujuk minisite lain bagaimana mereka menghasilkan sales letter yang berkesan.
4.Uploadkan file anda itu dan jika boleh masukkan sekali password bagi file pdf anda itu.
5.Hebahkanlah di forum-forum, di blog anda mahupun di lama social network yang anda gemar..TAPI JANGAN SPAM..jangan untuk promote, anda sanggup melakukan perkara tersebut..
Kalau korang rasa artikel ni best, komenlah dan jika ada yang nak ditambah lagi..silakan tambah ye..jangan lupa untuk subscribe reader blog ini dan juga bookmark untuk bacaan di hari yang lain.
http://reezluv.com/2009/11/bagaimana-cara-nak-buat-ebook/

No comments:

Post a Comment