Wednesday, February 27, 2013

KAEDAH YANG DISARANKAN OLEH L.CHAPMAN


Laura mencadangkan 3 kaedah menghasilkan  karya seni yang kreatif iaitu, kaedah penjanaan idea (inception of idea) , pengolahan dan pemurnin ( elaboration and refinement) dan kemahiran menggunakan bahan ( execution in a medium) (Maswan, 2010). Beliau juga ada menyatakan dalam bukunya Approaches to Art in Education bahawa telah membuat satu analisistentang teori-teori peringkat penghasilan kerja tahap kreativiti. Beliau menjelaskan bahawa proses artistic adalah merupakan fas-fasa yang tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens (H.Chapman, 1978)
Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)                                                                   
 Penjanaan sesuatu idea memerlukan pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Guru mestilah membimbing pelajar dalam memantapkan hala tuju penghasilan karya. Guru juga hendaklah menerangkan kepada setiap pelajarnya tentang kaedah menjana idea.
Pengolahan dan Pemurniaan (Eleboration and Refinement)                                                         Proses pengolahan dan pemurniaan setiap idea hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih oleh pengkarya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.   Pelajar akan mengolah dan memurnikan hasil karya mereka sehingga memperolehi hasil yang terbaik.         
Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)   
bimbingan dari guru diperlukan untuk membimbing pelajar tentang penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru menjelaskan dengan mengadakan demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Pendidikan seni visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ia memberi sumbangan untuk membantu proses perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual

No comments:

Post a Comment