Saturday, July 23, 2011

Bahaya Soya

Bahaya Soya

Assalamualaikum wbt.
Aku pasti setiap orang pernah minum air soya kan? Sape yang dapat melupakan kesedapan air soya masa berbuka puasa? Sedap gile tuuu..Tapi korang pasti kurang tahu bahawa air soya atau produk makanan dan minuman berasaskan soya seperti kacang soya,tauhu dll. amat berbahaya kepada kesihatan kita semua. Ye..aku tahu pasti korang akan tertanya-tanya bahawa selama ini ramai yang kata,soya bagus untuk tulang,bagus untuk protein,bagus untuk bayi dan lain-lain. Jap lagi,korang akan tahu betapa disasternya air kegemaran korang ni.
Bahaya produk berasakan soya.
  1. Soya mengandungi kandungan Phytanic Acid yang tinggi. Untuk pengetahuan korang, Phytanic Acid ini tugasnya akan mengurangkan penyerapan Kalsium,Magnesium,Kuprum,Zink dan Zat Besi dalam badan kita. Mineral yang aku sebutkan ini kebanyakannya penting untuk tumbesaran kita khasnya pada kanak-kanak. Jadi,kanak-kanak akan lambat membesar dari segi ketinggian, dari segi mental, dari segi fungsi seksualnya.
  2. Soya mengandungi penrencat Tripsin. Tripsin ini sejenis protein. Protein tugasnya membina sel-sel badan. Jadi, pertumbuhan kita akan terencat akibat kekurangan protein.
  3. Phytoestrogen: Analog hormon kepada estrogen ini tugasnya seperti hormon estrogen. Untuk pengetahuan korang, estrogen ini hormon dalam badan wanita dan hanya sedikit sahaja kandungannya dalam lelaki. Kandungan hormon estrogen yang tinggi dalam badan lelaki akan menjadikan lelaki itu bersifat seperti wanita atau mandul dan untuk wanita,mereka akan terdedah kepada Kanser Payudara.
  4. Soya juga mengakibatkan badan kita memerlukan lebih vitamin D. Kekurangan Vitamin D dalam badan kanak-kanak akan menyebabkan penyakit Ricket di mana kanak-kanak akan terencat.
  5. Soya mengandungi kandungan Aluminium yang tinggi. Aluminium yang tinggi akan menyebabkan toksik kepada sistem saraf dan sistem perkumuhan.
  6. Phytoestrogen juga merupakan salah satu anti-thyroid hormonyang berfungsi menrencatkan fungsi hormon thyroid. Untuk makluman,hormon ini merupakan hormon terpenting dalam pertumbuhan mental dalam kanak-kanak.Tak kurang juga penting untuk tumbesaran dan seksual. Rencatan hormon thyroid menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah terencat akal.
  7. Manganese: Level Manganese yang sesuai adalah daripada susu ibu. Soya mengandungi level Manganese yang tinggi 80 kali lebih tinggi. Manganese yang tinggi adalah amat-amat toksik kepada sistem saraf bayi yang berkaitan dengan sikap dan perlakuan. Kajian menunjukkan bayi akan menghadapi ADD (Attention Deficit Disorder,bayi jadi aktif gila) dan sikap yang kurang normal.
Ricket:perhatikan kaki dan dadanya.
Setakat tu la aku boleh terangkan. Kalau ada sebarang kemusykilan,bolehlah tanya kat komen. Aku harap kita cuba sebarkan info ini. Kajian ini dibuat oleh sebuah kumpulan penyelidik daripada UK,USA,New Zealand. Info ini tak banyak didedahkan kerana dikhuatiri akan memufliskan syarikat besar berasaskan soya terutamanya di USA. Apapun,harapnya berhati-hati terutamanya kepada bayi. Bayi ini golongan yang tengah membesar dalam semua sistem. Berhati-hati dalam apa yang korang beri


Dipetik dari http://myfirdaus.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment