Tuesday, July 24, 2012

APA PERLU ADA DALAM E-PORTFOLIO?

Apakah Yang Perlu Ada Dalam E-Portfolio
Dalam membangunkan e-portfolio , antara elemen yang perlu dimasukan ialah:
1. Maklumat Pelajar: nama, maklumat kenalan, utama, tamat pengajian tarikh, dan lain-lain.
2. Jadual Kandungan: atau pelbagai cara untuk memaparkan pautan kepada kandungan portfolio.
3. Matlamat Pelajar
4. Kurikulum standard dan / atau kriteria: digunakan untuk menyelaraskan kandungan portfolio kurikulum institusi, jabatan atau kursus (sering dicapai oleh rubrics).
5. Rubrics: boleh digunakan untuk menilai kerja pelajar. Rubrik A skala kriteria penarafan, yang menyediakan pengajar dengan alat untuk memantau prestasi pelajar. Mereka juga memaklumkan pelajar jangkaan kursus / jabatan / institusi.
6. Garis Panduan: digunakan untuk memilih artifak yang sesuai untuk menyimpan koleksi daripada tumbuh tidak berdisiplin.
7. Artifak: contoh kerja pelajar termasuk dokumen, imej, video, audio, dan lain-lain (boleh dipilih oleh pelajar, pengajar atau kedua-duanya).
8. Maklumbalas / Refleksi pelajar
9. Keping refleksi sendiri: portfolio tanpa pantulan hanya persembahan multimedia atau resume elektronik.

SUMBER :http://zabrie-portfolioartikel.blogspot.com/2011/12/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

Wednesday, June 13, 2012

KENA SERANG MALWARE

Huh...berbulan tak menulis dalam blog ni. ni semua gara-gara blog ni telah diserang oleh malware. Entah hackers mana agaknya yang dengki sangat tak tau lah. Tapi semasa serangan tu katanya malware telah menyerang banyak blog sehinggakan tak boleh nak diakses. Apa pun Alhamdulillah blog ni dah kembali pulih dan dapatlah saya menulis lagi dalam blog yang sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada kita.

13.Jun 2012

Tuesday, March 20, 2012

MASALAH LOGIN EPIC OUM

Ada beberapa orang pengunjung blog bertanyakan masalah untuk login kerana mereka telah mengikut panduan yang saya berikan tetapi masih gagal untuk log masuk ke portal EPIC.Persoalan tersebut mungkin disebabkan beberapa kemungkinan; 




i.Pastikan cikgu memang dikehendaki ambil EPIC (semester 3 ke bawah). Jika cikgu tidak terlibat memang cikgu tak boleh login.

ii.Pastikan username dan password sama dengan login MYLMS cikgu 

iii. Jika masih tak boleh login , sila berhubung terus dengan OUM. Mungkin nama cikgu tak dilinkkan dengan EPIC.

iv. Cikgu boleh ke https://plus.google.com/u/0/108548136940287338823/posts untuk bersoaljawab dengan ADMIN EPIC .Saya tidak dapat membantu dalam urusan teknikal kerana semuanya diuruskan oleh admin EPIC.

harap jawapan saya dapat membantu 

Tuesday, March 13, 2012

Pesanan Luqmanul Hakim

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya: Renung2kan..



25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Dipetik dari blog surau : http://surauat- tarbiyyah. blogspot. com/2008/ 11/25-pesanan- luqman-el- hakim-kepada- anak.htm

Sunday, March 11, 2012

Epic OUM


Apa EPIC? Bagaimana nak login EPIC? Mangapa EPIC? cara guna EPIC?,Soalan assigment EPIC? Semua persoalan tentang EPIC akan cuba dijawab dan dipermudahkan.  

Kenalkah anda pada EPIC OUM?...Emmm apa tu yaa.. Sebenarnya EPIC adalah singkatan untuk Portal Pendidikan Kursus Internet. Ia adalah reka bentuk untuk melanjutkan ruang pembelajaran Pelajar SMP yang melakukan ijazah mereka diUniversiti Terbuka Malaysia. Saya dipahamkan student Semester 3 ke bawah telah dipakejkan dengan EPIC yang merangkumi HBEF2703 (Co- Curriculum), HBEF2803 (Professional Development),dan HBEF3603 (Professional Practice) dan memerlukan 14 jam kredit.

EPIC Merupakan pembelajaran secara atas talian (maya). Pelajar berhubung dengan penyelia secara talian melalui forum. Tugasan diberikan dalam bentuk kumpulan dan individu. Penghantaran tugasan adalah dalam bentuk e- portfolio. Pelajar akan diberi bimbingan dan panduan oleh penyelia masing-masing melalui sesi forum.

EPIC telah pun bermula sekarang . Penghantaran Assigment kumpulan bermula dari 6.3.2012 hingga  15.8.2012 manakala  Assigment Individu (jurnal Reflektif) adalah bermula 6.3.2012 hingga 27.7.2012. Pelajar sudah boleh mula berforum untuk tugasan .

Bagi pelajar yang kurang memahami cara untuk login, di sini saya terangkan secara ringkas

i. Buka portal EPIC (http://epic.oum.edu.my ) 
ii. Paparan ini akan muncul..

iii. Pada ruangan USERNAME  masukkan No Login dan Password MYLMS anda.

paparan berikut akan muncul


iv. Halakan 'mouse' pada 'kepala pelajar' dalam gambar paparan HBEF2703 seperti di atas akan muncul
v. klik paparan tersebut dan main permainan yang disediakan .(permainan tradisional melayu yang sangat menarik dan mudah)
vi. Anda akan dibawa ke paparan e-portfolio seperti dibawah

vii. Di sinilah (e-portfolio) tempat anda membaca modul (disediakn lengkap dalam bentuk PDF), merujuk assigment, mencari maklumat  dan berforum.

Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat dan bertanyakan soalan berkenaan EPIC melalui EPIC Google di 

ok. Selamat berEPIC.

Maklumat lanjut boleh diperolehi terus dari OUM.

* Saya hanya berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu.Jika maklumat yang disampaikan ini kurang tepat harap anda merujuk terus pada OUM. Saya hanya membantu memperkenalkan EPIC pada pelajar OUM yang masih kurang memahami dan tidak ada sebarang kepentingan terhadap penulisan saya ini.Harap maklum.

Wednesday, March 7, 2012

SBPA dibatalkan

Assalamualaikum
 SBPA dibatalkan
SHAH ALAM – Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.
Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia, yang diguna pakai sebelum ini, tetapi ia akan diperbaiki.
Antara pengumuman PM tadi ;
- SBPA dibatalkan , SSM dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan.
-Kenaikan gaji mengikut gred. Antaranya bagi kumpulan sokongan dan profesional  kenaikan 13%(yg lain tak ingat)
-Untuk Guru, cola dinaikkan RM50
- Time based dikekalkan.
Emm suka tak suka teruskanlah pekerjaan kita kerana sesungguhnya pekerjaan yang baik itu menjadi ibadat kepada kita.Bersyukur atas rezeki yang Allah berikan. Manusia hanya perantara sahaja.


PANDUAN ASSIGMENT HBEF1403 (SENI DALAM PENDIDIKAN ) JANUARI 2012

Sudah lama tidak menulis di Blog ini disebabkan kesebokan masa. Bila buka mylms baru teringat tarikh penghantaran Assigment bagi sesi Januari 2012 tinggl beberapa hari sahaja lagi. Pastinya ramai yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan sambil menguruskan kehidupan seharian.

Saya ingin berkongsi sedikit pendapat berkenaan tugasan kali ini. Bagaimanapun ini hanyalah pendapat saya sahaja. Anda boleh berbincang dengan tutor anda kerana tugasan anda akan disemak oleh tutor anda sendiri. Pastikan tugasan yang anda buat menepati 'citarasa' tutor anda.

Soalan i.

i.        Hasilkan sebuah lukisan pelan lokasi sekolah dan pelan bangunan sekolah berserta lokasi bilik seni. Berikan pengenalan tentang pelan cadangan rekabentuk bilik seni.

ulasan.
berdasarkan pemahaman saya, anda dikehendaki membuat beberapa pelan;
i. pelan lokasi sekolah
ii. pelan bangunan sekolah (anda boleh dapatkan daripada pihak sekolah)/ pelan kebakaran
ii. pelan bilik seni
* untuk bahagian ini anda boleh berbincang dengan tutor samada hanya perlu membuat 2@ 3 pelan.Pendapat saya mencukupi 2 pelan iaitu pelan lokasi/bangunan dan pelan bilik seni.

ii.i.        Suasana dalam bilik seni sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Jelaskan setiap yang berikut berdasarkan pelan yang anda hasilkan:
a.                   Aspek fizikal
b.                  Aspek sosial
c.                   Aspek emosi
     bahagian ini adalah berkaitan dengan pelan bilik seni yang anda hasilkan. Anda dikehendaki menjelaskan berkenaan aspek pelan yang anda hasilkan (kedudukan,susunatur,warna dsb) secara terperinci merujuk kepada ELEMEN-ELEMEN dan PRINSIP-PRINSIP Seni Visual. Kaitkan dengan pelanggan (pelajar/murid/masyarakat/pelawat) berdasarkan aspek fizikal,sosial, dan emosi.

iii.  Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Huraikan bagaimana keempat-empat komponen ini dapat anda laksanakan dalam ruang bilik seni yang anda cadangkan.
    bahagian ini juga merujuk kepada perkaitan dengan pelan bilik seni yang anda hasilkan. Anda perlu merancang kedudukan,susunatur,peralatan dsb bagi 4 komponen tadi. Perancangan juga melibatkan persoalan APA,DIMANA,MENGAPA,BAGAIMANA,dan SIAPA bagi meracang pelan untuk ke 4 komponen tadi.

* Saiz bagi tugasan anda juga perlu dibincangkan dengan tutor anda samada saiz A4 atau A3. Bagaimanapun saya berpendapat saiz tugasan adalah bebas dan bergantung kepada kreativiti anda. Pastinya kriteria dalam RUBRIK perlu dititik beratkan. 

* Ini hanyalah pendapat saya sahaja. Boleh dijadikan panduan bagi menyiapkan tugasan anda. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KESALAHAN ATAU KEKELIRUAN TUGASAN ANDA.