Wednesday, April 2, 2014

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KULIAH

Kebanyakan Tutor mengalami masalah berkenaan kehadiran pelajar dalam tutorial mereka. Masalah bukan berpunca kerana ketidakhadiran pelajar tetapi kegagalan pelajar memaklumkan ketidakhadiran pada tutorial tersebut. Ramai pelajar menghantar SMS/Whatsapp/Telegram dsb untuk memaklumkan mereka tidak dapat hadir mengikuti kuliah .Harus ditegaskan bahawa sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada satu-satu sessi kuliah, makluman hendaklah secara rasmi . Pelajar hendaklah menyerahkan surat tidak hadir pada hari kuliah tersebut atau jika kecemasan boleh diposkan ke OUM dan diterima selewat-lewatnya 3 hari selepas kuliah. Ini sangat penting kerana Tutor dikehendaki memasukkan kehadiran secara online selepas sahaja sesi kuliah tamat. Pelajar harus menyediakan 2 salinan surat. 1 salinan untuk tutor dan 1salinan  untuk OUM.

Untuk Makluman,ketidakhadiran pelajar akan ditanda sebagai;

i.  Tiada alasan       - Tiada sebarang makluman
ii. Urusan peribadi  - Sebarang Urusan yang tidak melibatkan tugas rasmi dan MC.( Perlu surat rasmi)
iii. Urusan Rasmi    - Sebarang urusan rasmi berkaitan kerjaya yang diiktiraf oleh KPM (surat dan bukti)
iv. Cuti sakit          - Bersalin,tinggal di wad, sakit dsb (perlu surat dan Sijil Sakit)

Pelajar yang hanya menghantar makluman melalui SMS/Whatsapp/Telegram dan lain-lain teknologi internet atau pesanan rakan tidak dikira sebagai makluman dan akan dikira sebagai TIADA ALASAN.

Selain itu , didapati terdapat pelajar yang menghantar surat dalam bentuk tidak rasmi dan tidak mengandungi butiran yang sepatutnya. Sebagai panduan, dalam surat tidak hadir itu perlu ada;

i.  Nama Tutor
ii. Tutorial berapa
iii. Kumpulan/masa
iv. Sebab Tidak Hadir
v. Bukti

Bagi memudahkan, saya paparkan  contoh surat tidak hadir (boleh diubahsuai mengikut keperluan)

  Alamat


Pengarah,
Pusat Pembelajaran Pahang
Open universiti Malaysia,
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(u.p.......................................)                                                                                                         

Tarikh:

Tuan,

TIDAK DAPAT MENGHADIRI KELAS TUTORIAL KE ..........

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Saya tidak dapat menghadiri kelas tutorial ke ............ pada tarikh .................................
            Slot ...........................(masa).

3           Saya tidak dapat hadir disebabkan ...................................................................................
              ..........................................................................................................................................
              ..........................................................................................................................................
              (sila sertakan salinan surat jika tidak hadir kerana MC atau tugas rasmi)
             
4.         Sebarang kesulitan amat dikesali dan kefahaman yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih,

Yang benar,
.......................................
(NAMA                           )
No K/P    :………………………………….
No Matrik:………………………………….