Wednesday, February 27, 2013

KAEDAH YANG DISARANKAN OLEH L.CHAPMAN


Laura mencadangkan 3 kaedah menghasilkan  karya seni yang kreatif iaitu, kaedah penjanaan idea (inception of idea) , pengolahan dan pemurnin ( elaboration and refinement) dan kemahiran menggunakan bahan ( execution in a medium) (Maswan, 2010). Beliau juga ada menyatakan dalam bukunya Approaches to Art in Education bahawa telah membuat satu analisistentang teori-teori peringkat penghasilan kerja tahap kreativiti. Beliau menjelaskan bahawa proses artistic adalah merupakan fas-fasa yang tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens (H.Chapman, 1978)
Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)                                                                   
 Penjanaan sesuatu idea memerlukan pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Guru mestilah membimbing pelajar dalam memantapkan hala tuju penghasilan karya. Guru juga hendaklah menerangkan kepada setiap pelajarnya tentang kaedah menjana idea.
Pengolahan dan Pemurniaan (Eleboration and Refinement)                                                         Proses pengolahan dan pemurniaan setiap idea hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih oleh pengkarya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.   Pelajar akan mengolah dan memurnikan hasil karya mereka sehingga memperolehi hasil yang terbaik.         
Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)   
bimbingan dari guru diperlukan untuk membimbing pelajar tentang penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru menjelaskan dengan mengadakan demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
Pendidikan seni visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ia memberi sumbangan untuk membantu proses perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual

SOALAN TUGASAN HBAE1203




PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT
_________________________________________________________________
                                                              HBAE1203
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
JANUARI 2013
________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1.   Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa  modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the course.

2.   Jawab  dalam  Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  /  Answer in Malay or English.

3.   Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.

4.   Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.

5.   Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment TO YOUR FACE-TO-FACE TUTOR. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.


6.  Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 1hb - 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4. Serahan selepas 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 1st - 3rd March 2013 or Tutorial 4. Submission after  3rd March 2013 or Tutorial 4 will NOT be accepted.

7.  Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. / Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own.


PENILAIAN / EVALUATION
Tugasan ini akan menyumbangkan 40 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik. / This assignment accounts for 40 % of the marks for the course mentioned and shall be assessed based on the Rubrics

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be informed of the assignment mark before the Final Semester Examination commences.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION 
     
Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan.  Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:  /  Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows:

§  Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.
§  Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.
·         Assignments with 10 - 30 % overlap with others:  20% deduction from the total marks scored.
·         Assignments with 31 - 50 % overlap with others:  40% deduction from the total marks scored.
·         Assignments with more than 50% overlap with others: Zero mark would be given.


SOALAN TUGASAN

Laura Chapman dalam bukunya bertajuk ‘Approaches in Art Education’ menjelaskan bahawa menghasilkan karya seni merupakan suatu proses artistik yang boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah. Huraikan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat mengembangkan kreativiti kanak-kanak berdasarkan 3 (tiga) kaedah yang disarankan oleh Chapman. Huraian anda perlu bersandarkan beberapa contoh hasil seni kanak-kanak yang dihantar bersama dengan tugasan anda.

Penulisan anda perlu menunjukkan perkaitan di antara peranan guru Pendidikan Seni Visual, kaedah Chapman yang digunakan  untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak dan hasilan seni kanak-kanak.

(Kunci kata: proses artistik, guru Pendidikan Seni Visual, kreativiti, kaedah)


[Jumlah: 40 markah]
____________________________________________________________________________
MUKA SURAT TAMAT