Bagi kebanyakan penggunaan login e-mail , blog, facebook dan sebagainya, kita sering menggunakan kemudahan auto login bagi memudahkan kita mengakses e-mail atau blog. Penggunaan auto login memang bagus dan sangat memudahkan. Bagaimanapun risiko menanti bila kita terlupa untuk logout semula. Orang lain dengan mudah dapat mengkases samada e-mail, facebook atau blog peribadi kita. Risiko besar sekiranya melibatkan maklumat perbankan dan data perkhidmatan kita. Kita boleh disabotaj dengan mudah. Oleh itu sebaiknya kita tidak menggunakan kemudahan auto login. Catat password pada tempat yang mudah diinga misalnya dalam telefon mudah alih anda.
Google Chrome juga menyediakan kemudahan auto login bagi memudahkan anda. Bagaimanapun sekiranya anda ingin membuang kemudahan auto login anda boleh ikuti cara dibawah;
1. Klik pada Customize and control Google Chrome ( Ruangan atas sebelah kanan/ Lambang Spanar)
2. Klik pada Tab Personal Stuff
3. Pada tab Password, Klik pada never save password
4 Klik pada Manage save password
5 Klik pangkah pada mana-mana web yang ada auto login password anda.
ok .sekarang anda telah berjaya menghilangkan fungsi auto login anda.
SELAMAT MENCUBA.