MEMASUKKAN VIDEO KE DALAM POWERPOINT
Agak lama tak update blog ni. Kerja bertimbun-timbun., ditambah dengan kerosakan netbook yan biasa diusung ke hulu kehilir. Sementara dalam proses pembaikian pinjam dulu laptop isteri.Emm zaman sekarang memang susah kalau tak ada kemudahan IT.
Dalam saat-saat akhir menyiapkan assigment yang tarikh akhirnya 20.11.2011 ni (bagi tutorial bersemuka) timbul macam-macam masalah. biasanya masa ni lah komputer meragam, printer problem,yang berkeluarga pula suami/isteri dan anak-anak pon buat hal.
Ok laa.. ada pertanyaan bagaimana nak masukkan video dalam powerpoint. Disini saya terangkan secara ringkas. untuk lebih lanjut anda klik saja link di bawah sekali yaa..
Powerpoint menyediakan kemudahan memasukkan rakaman atau movie dalam bentuk format *.avi, *.mov. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah:
1. Buka fail baru
2. Sebelum memasukkan movie, klik bahagian Draw dan pilih bentuk rectangle.
3. Kemudian lukiskan bentuk segiempat tersebut ke slide yang mahu diletakkan movie.
4. Seterusnya, pergi ke Insert tab dan pilih sama ada movie tersebut dari Library atau pun File.
5. Simpan kerja dan klik Slide show untuk melihat movie yang telah dimasukkan..
Bagi penjelasan beserta gambar, anda boleh klik ;
ok.. semuga dapat membantu anda.